Acacia, Country Garden Diamond City – Rumah SelangorKu

Country Garden Diamond City 碧桂园钻石城, Diamond City Phoenix Club House, Jalan Diamond City, Diamond City, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
RM220,000

Acacia, Country Garden Diamond City adalah sebuah projek pembangunan perumahan pangsapuri Rumah SelangorKu oleh Worldwide Holdings Berhad. Acacia Apartment menawarkan 280 unit pangsapuri 15 tingkat, 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM205,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah..

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Acacia. Anda dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah SelangorKu ini terletak di dalam perbandaran terancang Country Garden Diamond City di Semenyih yang strategik. Dengan seni bina spanish kontemporari, Acacia apartment adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Acacia Apartment

Kod Projek

Jenis D – 06071000083

Tarikh Jangka Siap

September 2020

Lokasi

Country Garden Diamond City

Bandar

Semenyih

Mukim

Hulu Langat

Daerah

Kuala Selangor

Nama Pemaju

Mayland Venue Sdn Bhd (565022-D)

Syarikat Induk Pemaju

Mayland Group of Companies

Laman Web Pemaju

http://cgdiamondcity.com.my/
http://www.mayland.com.my/

Alamat Pemaju

Lot 20501, Jalan Broga, 43500 Semenyih, Selangor

No Tel Pemaju

1300-80-6666

Jumlah Unit

216 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis D (1000kps) – RM220,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Acacia, Country Garden Diamond City

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms
  • Icon
    Property Size
    1000 SqFt

Address

  • Address: Acacia, Country Garden Diamond City
  • City: Semenyih
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43500
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Rumah SelangorKu – Pangsapuri Kemuning Idaman, Shah Alam

Lintang, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM100,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

Sri Cempaka Apartment

Sri Cempaka Apartment, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 987

Apartment

5 years ago

RM1,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 987

Apartment

5 years ago

Kondo mampu Milik Cybersouth

Cybersouth city, Dengkil, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

RM212,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

Rumah Selangorku Salak Tinggi

Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

RM235,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago