Pangsapuri Seri Seraya, Puncak Bestari – Rumah SelangorKu

Persiaran Puncak Alam 6, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia
RM205,000

Pangsapuri Seri Seraya, Puncak Bestari di Puncak Alam adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Worldwide Holdings Berhad. Pangsapuri Seri Seraya menawarkan 280 unit pangsapuri 15 tingkat, 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM205,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah Pangsapuri Seri Seraya. Anda dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah SelangorKu ini terletak di dalam perbandaran terancang Puncak Bestari di Puncak Alam yang strategik. Dengan seni bina moden, Pangsapuri Seri Seraya adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni.

Pangsapuri Seri Seraya mempunyai akses mudah melalui Lebuhraya Guthrie, LATAR & NKVE. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Pangsapuri Seri Seraya

Kod Projek

Jenis C – 04051000171

Tarikh Jangka Siap

Jun 2022

Lokasi

Puncak Bestari, Puncak Alam

Bandar

Shah Alam

Mukim

Jeram

Daerah

Kuala Selangor

Nama Pemaju

Worldwide Holdings Berhad (6430-P)

Laman Web Pemaju

https://worldwideproperty.com.my/selangor-ku/

Alamat Pemaju

No. 1, Worldwide@7, Lot 24, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

Alamat Galeri Jualan

Persiaran Puncak Alam 6, Bandar Puncak Alam, 42300, Bandar Puncak Alam, Selangor

No Tel Pemaju

03-9212 0394

Jumlah Unit

280 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis C (900kps) – RM205,000 hingga RM208,500

Pegangan Tanah

Pegangan Pajakan (Leasehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Pangsapuri Seri Seraya

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms
  • Icon
    Property Size
    900 SqFt

Address

  • Address: Puncak Bestari, Puncak Alam, Shah Alam
  • City: Bandar Puncak Alam
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 42300
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Shaftsbury Services Residences, Cyberjaya

Shaftsbury Serviced Residences, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Bed: 1Bath: 1SqFt: 463

Apartment

5 years ago

RM900

Bed: 1Bath: 1SqFt: 463

Apartment

5 years ago

Rumah Selangorku Salak Tinggi

Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

RM235,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM180,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM100,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago