Sutera Bayu Apartment, Kajang – Rumah SelangorKu

Kajang, Selangor, Malaysia
RM100,000

Sutera Bayu Apartment, Kajang, Cheras adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Fabulous Range Sdn Bhd (Lum Chang). Sutera Bayu Apartment menawarkan 130 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 750 dan 800 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM100,000 dan dilengkapi hingga dua ruang letak kereta untuk setiap rumah.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah Sutera Bayu Apartment. Anda dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah SelangorKu ini terletak di dalam perbandaran Kajang, Cheras yang strategik. Dengan seni bina moden, Sutera Bayu Apartment adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Sutera Bayu Apartment

Kod Projek

Jenis B – 06021000056
Jenis C – 06021000057

Tarikh Jangka Siap

April 2020

Bandar

Kajang

Mukim

Cheras

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Fabulous Range Sdn Bhd (657844-V)

Laman Web Pemaju

http://www.lumchang.com.my/

Alamat Pemaju

Lot 10-03, Level 10, Menara HLA, No. 3, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpu

No Tel Pemaju

03-2171 2222

Jumlah Unit

Jenis B – 40 Unit
Jenis C – 90 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis B (750kps) – RM100,000
Jenis C (800kps) – RM165,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Sutera Bayu Apartment, Kajang

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Sutera Bayu Apartment
  • City: Kajang
  • State/county: Selangor
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Pelangi Apartment Damansara

Pelangi Apartment, Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 650

Apartment

4 years ago

RM950

Beds: 3Baths: 2SqFt: 650

Apartment

4 years ago

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM192,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

Rumah SelangorKu – Pangsapuri Karya Residensi, Klang

Jalan Kota Raja, 41000 Klang, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

RM185,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

Residensi Pinang, Hillpark, Puncak Alam – Rumah SelangorKu

No. 57, 59 & 61, Hillpark Sales Gallery 1, B49, Puncak Alam, 42300, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM180

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago