Halaman 11 Apartment, Bandar Rimbayu – Rumah SelangorKu

Bandar Rimbayu, 41200, Selangor, Malaysia
RM42,000

Halaman 11 Apartment adalah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Bandar Rimbayu Sdn. Bhd. dibawah seliaan IJM Land Berhad. Halaman 11 Apartment menawarkan unit pangsapuri 3-bilik tidur dengan jumlah pembinaan 721 kaki persegi dan 764 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM42,000.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit Apartmen Halaman 11. Ia terletak dalam perbandaran terancang Bandar Rimbayu yang strategik. Anda bukan saja membeli rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur serta kemudahan lengkap seperti kedai-kedai, masjid, tempat beriadah yang berhampiran.

Nama Projek

Halaman 11 Apartment, Bandar Rimbayu

Kod Projek

Jenis A (Fasa 8A2) – 02061000169
Jenis B (Fasa 8A1) – 02061000106
Jenis B (Fasa 8A2) – 02061000170

Lokasi

Bandar Rimbayu, Selangor

Tarikh Jangka Siap

Disember 2020

Bandar

Bandar Rimbayu

Mukim

Telok Panglima Garang

Daerah

Kuala Langat

Nama Pemaju

Bandar Rimbayu Sdn Bhd (568093-K)
(formerly known as Canal City Construction Sdn Bhd)

Laman Web Pemaju

http://rimbayu.ijmland.com/halaman11

Alamat Pemaju

7G & 7A Jalan Anggerik Vanilla P 31/P, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Contact No.

No Tel Pemaju

03-2332 0663

Syarikat Induk

IJM Land Berhad (187405-T)

Jumlah Unit

180 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis A (721kps) – RM42,000
Jenis B (764kps) – RM100,000
Jenis B (764kps) – RM100,000

Pegangan Tanah

Pegangan Pajakan (Leasehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Halaman 11 Apartment

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • City: Bandar Rimbayu
  • State/county: Selangor
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Prima One Cyberjaya

B-15-17, Apartment Prima One, Laman View Cyber 9, Cyberjaya

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

5 years ago

RM1,100

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

5 years ago

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM192,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

RM250,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

Pangsapuri Selangorku Baiduri Jaya, Bandar Teknologi Kajang – Rumah Selangorku

22, Jalan Baiduri Jaya 4, Taman Baiduri Jaya, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM195

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago