Rumah SelangorKu – Aronia Apartment, Bandar Parklands, Klang

Persiaran Delima 4/KS9, Klang, Selangor, Malaysia
RM250,000

Nama Projek
Rumah SelangorKu – Aronia Apartment

Kod Projek
Jenis D – 01021000148

Lokasi
Persiaran Delima 4/KS9, Bandar Parklands, Klang, Selangor

Tarikh Jangka Siap
April 2022

Bandar
Bandar Parklands

Daerah
Klang

Mukim
Klang

Nama Pemaju
Gabungan Efektif Sdn. Bhd. (590259-A)
Anak syarikat WCT Holdings Berhad

Alamat Pemaju
No. 63, Lorong Batu Nilam 1A, Bandar Bukit Tinggi, 41200, Klang, Selangor

No Tel Pemaju
03-3324 3255 (Ext 601-605)

Email Pemaju
enquiries.wctland@wct.my

Jumlah Unit
Blok 1 – 161 Unit
Blok 2 – 159 Unit

Luas dan Harga Seunit
Jenis D (900kps) – RM250,000

Pegangan Tanah
Hakmilik Kekal

Rujukan
Laman Web LPHS
Laman Web Pemaju

Aronia Apartments adalah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu keempat WCT. Ia terdiri daripada dua blok bangunan kediaman 14 tingkat yang berpatutan untuk dimiliki. Aronia Apartment menawarkan unit pangsapuri 3-bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900 kaki persegi. Perumahan ini hanya berharga RM250,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah.

Ciri-ciri:
Kawalan keselamatan 24 jam
Kemudahan serba lengkap seperti surau, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, dewan pelbagai guna, gelanggang badminton, tadika, dan bilik bacaan
Mudah diakses melalui Lebuhraya KESAS, NKVE dan Lebuhraya Persekutuan
Kemudahan sekitar seperti Pusat Membeli-belah Aeon Bukit Tinggi, Tesco & Giant Hypermarkets, Première Hotel, SJK (C) Hin Hua & SJK (C) Wu Teck,

Aronia Apartment adalah sebahagian dari projek Bandar Parklands, iaitu sebuah pembangunan hijau yang memberi penekanan penting terhadap kesihatan dikalangan komuniti. 10 taman tema telah direka khas dengan landskap semula jadi berfungsi sebagai tempat rekreasi dan aktiviti luar yang sihat kepada penduduk sekitar. Taman-taman ini memberi peluang kepada penduduk untuk beristirehat bersama keluarga sambil menikmati persekitaran yang tenang dan damai.

Sehingga kini, kira-kira 3,500 rumah dan pangsapuri telah disiapkan dalam sebahagian projek pembangunan ini. Penduduk Bandar Parklands termasuk Aronia Apartment juga akan menikmati segala kemudahan yang ada di Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2 kerana ia hanya terletak kira-kira lima hingga sepuluh minit sahaja dari Bandar Parklands.

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Aronia Apartment

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

Permohonan hendaklah melengkapi permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS – http://lphs.selangor.gov.my

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms
  • Icon
    Property Size
    900 SqFt

Address

  • City: Klang
  • State/county: Selangor
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Beds: 3Baths: 2

Apartment

2 years ago

RM180,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

2 years ago

Legasi Attalea Garden, Sepang – Rumah Selangorku

Legasi Attalea Garden Sepang, Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 792

Apartment

2 years ago

RM200,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 792

Apartment

2 years ago

Rumah SelangorKu – Pangsapuri Kemuning Idaman, Shah Alam

Lintang, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

2 years ago

RM100,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

2 years ago

D Camellia Semenyih, 3R 2B, 2 Car Park, Facing Mountain, NEW UNIT

D'Camellia, Jalan Ecohill 1/2, Semenyih, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 860

Apartment

2 years ago

RM700

Beds: 3Baths: 2SqFt: 860

Apartment

2 years ago