Pangsapuri Selangorku Seruni, Sungai Sekamat di Kajang adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku (Jenis A dan B) oleh Segaman Sdn Bhd. Pangsapuri Selangorku Seruni menawarkan 207 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 750kps (Jenis A) dan 750kps (Jenis B).
Harga perumahan ini bermula hanya dari RM42,000 dan dilengkapi dengan satu ruang letak kereta untuk setiap rumah. Projek perumahan ini dijangka siap pada November 2022.
Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Pangsapuri Selangorku Seruni. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.
Projek Rumah Selangorku ini terletak di Sungai Segamat, Kajang. Dengan seni bina moden, Apartment Seruni ini adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.
Nama Projek
Pangsapuri Selangorku Seruni
Kod Projek
Jenis B – 06071000172
Jenis Rumah
Apartment
Tarikh Jangka Siap
November 2022
Lokasi
Sungai Sekamat, Kajang
Mukim
Cheras
Daerah
Hulu Langat
Nama Pemaju
Bayu Bakat (1151123-D)
Syarikat Induk Pemaju
SCP Property Services Sdn Bhd (870320-T)
Alamat Pemaju
101, Block D, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor
No Tel Pemaju
012-490 6680
Laman Web Pemaju
http://www.scpgroup.com.my/index.php/main/projectdetail/Seruni
Jumlah Unit
Jenis A – 90 Unit
Jenis B – 117 Unit
Luas dan Harga Seunit
Jenis A (700kps) – RM42,000
Jenis B (50) – RM100,000
Pegangan Tanah
Pegangan Pajakan (Leasehold)
Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Pangsapuri Selangorku Seruni, Sungai Sekamat
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
- Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
- Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
- Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
- Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
- Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
- Salinan bil air atau bil elektrik.
Langkah-Langkah Permohonan
- Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
- Terima panggilan daripada pihak pemaju
- Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
- Terima surat tawaran & pilih unit anda
- Dapatkan kelulusan pinjaman
- Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)
Detail