Tiara South, Semenyih adalah sebuah projek pembangunan perumahan pangsapuri 10 tingkat Rumah Selangorku oleh Kueen Lai Properties Sdn Bhd. Tiara South apartment menawarkan 106 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM180,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah.
Tiara South apartment, Semenyih dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, tempat bacaan, tempat permainan kanak-kanak, tadika dan juga surau. Projek perumahan ini dijangka siap pada September 2021.
Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Tiara South, Semenyih. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.
Projek Rumah Selangorku ini terletak di dalam Bandar Rinching, Semenyih yang strategik. Dengan seni bina moden, Tiara South apartment adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.
Nama Projek
Tiara South
Kod Projek
Jenis C – 06071000104
Jenis Rumah
Apartment
Tarikh Jangka Siap
September 2021
Lokasi
Bandar Rinching
Mukim
Semenyih
Daerah
Hulu Langat
Nama Pemaju
Kueen Lai Properties Sdn Bhd
Laman Web Pemaju
http://www.kueenlaigroup.com.my/?page_id=6577
Alamat Pemaju
No.3 Jalan Damai Mewah 1, Taman Damai Mewah, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang Selangor
No Tel Pemaju
03-8739 4322
Jumlah Unit
106 Unit
Luas dan Harga Seunit
Jenis C (900kps) – RM192,000
Pegangan Tanah
Pegangan Bebas (Freehold)
Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Tiara South, Semenyih
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.
Langkah-Langkah Permohonan
1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)
Detail
-
3
Bedrooms
-
2
Bathrooms
-
Land Size
900 SqFt