Taman Emas adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Lian Soon Thiam Sdn Bhd. Taman Emas, Sabak Bernam menawarkan rumah teres satu tingkat, 4 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 1500 dan 1760 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM220,000.
Projek Rumah SelangorKu ini terletak di Sabak Bernam. Ia adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni.
Taman Emas terletak di tengah-tengah antara Pekan Sabak Bernam dan Sungai Besar, dan dengan akses ke lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) yang menghubungkan Taiping, Perak, Banting, Selangor dan Kuala Lumpur dijangka siap seluruhnya pada tahun 2022.
Semua rumah kediaman ini direka dengan ciri kontemporari moden dan dikelilingi oleh kawasan semulajadi dan tropika. Reka bentuk yang luas untuk setiap bilik adalah untuk memberikan keselesaan untuk anda dan keluarga anda.
Nama Projek
Taman Emas, Sabak Bernam
Kod Projek
Jenis C – 05021000098
Jenis D – 05021000099
Tarikh Jangka Siap
Disember 2020
Lokasi
Sabak Bernam
Bandar
Sabak Bernam
Mukim
Pancang Bedena
Daerah
Sabak Bernam
Nama Pemaju
Lian Soon Thiam Sdn Bhd
Alamat Pemaju
No. 14, Jalan Bunga Matahari, Taman Pertama Fasa 4, 45200 Sabak Bernam, Selangor
No Tel Pemaju
03-3216 1334
Luas dan Harga Seunit
Jenis C (900kps) – RM220,000
Jenis D (1500kps dan 1760kps) – RM250,000
Pegangan Tanah
Pegangan Bebas (Freehold)
Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Taman Emas, Sabak Bernam
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.
Langkah-Langkah Permohonan
1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)
Detail