Taman Alam Suria, Shah Alam 2 – Rumah SelangorKu

16, Jalan Alam Suria 16/11, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia
RM250,000

Taman Alam Suria adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Shah Alam 2 Sdn Bhd dibawah seliaan IJM Land Berhad. Taman Alam Suria menawarkan 170 unit rumah teres satu tingkat, 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM250,000.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah Taman Alam Suria. Anda dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah SelangorKu ini terletak di dalam perbandaran terancang Shah Alam 2 di Puncak Alam yang strategik. Dengan seni bina moden, Taman Alam Suria adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni.

Taman Alam Suria mempunyai akses mudah melalui Lebuhraya Guthrie, LATAR & NKVE. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Taman Alam Suria, Shah Alam 2

Kod Projek

Jenis D – 04061000113

Tarikh Jangka Siap

Jun 2020

Lokasi

Puncak Alam, Shah Alam

Mukim

Jeram

Daerah

Kuala Selangor

Nama Pemaju

Shah Alam 2 Sdn Bhd (520951-K)

Laman Web Pemaju

https://www.alamsuria.com.my
https://www.ijmland.com/projects/propertydetails.aspx?Property_Name=Taman%20Alam%20Suria

Alamat Pemaju

Tingkat Bawah, Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin, 46050, Petaling Jaya, Selangor

Galeri Jualan

IJM Land Sales Galery, Persiaran Puncak Alam 12, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

No Tel Pemaju

03-3393 3103

Syarikat Induk

IJM Land Berhad (187405-T)

Jumlah Unit

170 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis C (900kps) – RM250,000 hingga RM387,133

Pegangan Tanah

Pegangan Pajakan (Leasehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Taman Alam Suria

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms
  • Icon
    Property Size
    900 SqFt

Address

  • Address: Taman Alam Suria, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam
  • City: Bandar Puncak Alam
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 42300
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Seri Kenari Townhouse, Saujana Perdana – Rumah SelangorKu

Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Landed House

4 years ago

RM180,000

Beds: 3Baths: 2

Landed House

4 years ago

RM3,600,000

2.5 TINGKAT BUNGALOW, SIERRAMAS WEST, SUNGAI BULOH

Sierramas West, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Beds: 6Baths: 6SqFt: 4907

Landed House

4 years ago

RM3,600,000

Beds: 6Baths: 6SqFt: 4907

Landed House

4 years ago

RM389,999

Below Market Value 2 storey house with fully renovated.

Taman Juru, Bukit Mertajam, Penang, Malaysia

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

4 years ago

RM389,999

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

4 years ago

Orkid, Morib Bay Resort City – Rumah SelangorKu

Morib Bay Resort City, Morib, Banting, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 934

Landed House

4 years ago

RM175,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 934

Landed House

4 years ago