Seri Kenanga Townhouse, Saujana Perdana – Rumah SelangorKu

Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
RM220,000

Seri Kenanga Townhouse adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Kelana Kualiti Sdn Bhd dibawah seliaan Glomac Berhad. Seri Kenanga Townhouse menawarkan townhouse 2.5 tingkat dan 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 1200 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM220,000.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah Seri Kenanga Townhouse. Anda dapat mengalami suasana kehidupan yang tenang dan damai di kejiranan yang matang dan harmoni.

Projek Rumah SelangorKu ini terletak di dalam perbandaran terancang Saujana Utama di Sungai Buloh yang strategik. Dengan seni bina moden, Seri Kenanga adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni.

Seri Kenanga Townhouse mempunyai akses mudah melalui Lebuhraya Guthrie, LATAR & NKVE dan cuma berjarak 36 km ke Kuala Lumpur. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas seperti sekolah menengah dan sekolah rendah, pejabat polis, masjid, stesen minyak, restoren makanan segera dan pasaraya.

Nama Projek

Seri Kenanga Townhouse, Saujana Perdana

Kod Projek

Jenis D

Tarikh Jangka Siap

Lokasi

Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh

Mukim

Ijok

Daerah

Kuala Selangor

Nama Pemaju

Kelana Kualiti Sdn Bhd (975371-P)

Laman Web Pemaju

https://www.glomac.com.my/project/rsku-rumah-selangorku-seri-kenanga

Alamat Pemaju

No. 31G & 32G, Jalan Bidara 8, SU Mall, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor

No Tel Pemaju

03-7723 9000

Syarikat Induk

Glomac Berhad

Jumlah Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis D (1200kps) – RM220,000

Pegangan Tanah

Pegangan Pajakan (Leasehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Seri Kenanga Townhouse

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Seri Kenari Townhouse, Saujana Perdana, Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh
  • City: Saujana Utama
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 47000
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Orkid, Morib Bay Resort City – Rumah SelangorKu

Morib Bay Resort City, Morib, Banting, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 934

Landed House

4 years ago

RM175,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 934

Landed House

4 years ago

Setia Safiro, Cyberjaya

Persiaran Rimba Permai, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Landed House

4 years ago

Landed House

4 years ago

RM389,999

Below Market Value 2 storey house with fully renovated.

Taman Juru, Bukit Mertajam, Penang, Malaysia

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

4 years ago

RM389,999

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

4 years ago

RM330,000

End Lot 1 Storey Terrace house like Semi-D

Taman Selasih, Kulim, Kedah, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 2098

Landed House

4 years ago

RM330,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 2098

Landed House

4 years ago