RSKu Puncak Indah Ampang – Rumah Selangorku

Jalan Bukit Belacan, Taman Puncak Indah, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
RM265,000

RSKu Puncak Indah Ampang adalah sebuah projek pembangunan perumahan pangsapuri Rumah Selangorku oleh Granstep Development Sdn Bhd (GDSB). RSKu Puncak Indah Ampang menawarkan 176 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 850 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM265,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah.

RSKu Puncak Indah Ampang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, gelanggang badminton, tempat permainan kanak-kanak, tadika dan juga surau. Projek perumahan ini dijangka siap pada September 2021.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di RSKu Puncak Indah Ampang. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini terletak di dalam Puncak Indah Ampang yang strategik. Dengan seni bina moden, RSKu Puncak Indah Ampang adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

RSKu Puncak Indah Ampang

Kod Projek

Jenis D – 06031000081

Jenis Rumah

Apartment

Tarikh Jangka Siap

September 2021

Lokasi

Puncak Indah Ampang

Bandar

Ampang

Mukim

Ampang

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Granstep Development Sdn Bhd (GDSB)

Laman Web Pemaju

https://www.granstep.com/#project

Alamat Pemaju

Suite 16-18,  16th Floor, Wisma Zelan, Taman Tasik Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

No Tel Pemaju

03-9173 6288

Jumlah Unit

Jenis D – 176 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis D (850kps) – RM265,000

Pegangan Tanah

Pegangan Pajakan (Leasehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – RSKu Puncak Indah Ampang

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang Jaya,
  • City: Ampang
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 68000
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

D Camellia Semenyih, 3R 2B, 2 Car Park, Facing Mountain, NEW UNIT

D'Camellia, Jalan Ecohill 1/2, Semenyih, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 860

Apartment

5 years ago

RM700

Beds: 3Baths: 2SqFt: 860

Apartment

5 years ago

Pelangi Apartment Damansara

Pelangi Apartment, Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 650

Apartment

5 years ago

RM950

Beds: 3Baths: 2SqFt: 650

Apartment

5 years ago

Masreca 19 For Rent

MasReca 19, Cyberjaya, Persiaran Rimba Permai, Cyber 10, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 990

Apartment

5 years ago

RM1,100

Beds: 3Baths: 2SqFt: 990

Apartment

5 years ago

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

RM250,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago