Residensi Pinang, Hillpark, Puncak Alam – Rumah SelangorKu

No. 57, 59 & 61, Hillpark Sales Gallery 1, B49, Puncak Alam, 42300, Selangor, Malaysia
RM180

Residensi Pinang, Hillpark, Shah Alam adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Hillpark Resources Sdn. Bhd. dibawah seliaan MKH Berhad. Residensi Pinang menawarkan 396 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900 dan 1000 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM180,000.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah pangsapuri Orkid. Projek Rumah SelangorKu ini menawarkan dua blok pangsapuri yang terletak di tengah-tengah persekitaran semula jadi dan berhampiran Central Lake Park.

Ia terletak di dalam perbandaran terancang Hillpark di Shah Alam North yang strategik. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur serta kemudahan lengkap seperti kedai-kedai, masjid dan tempat beriadah yang berhampiran.

Nama Projek

Residensi Pinang, Hillpark

Kod Projek

Jenis C – 04051000041
Jenis D – 04051000042

Tarikh Jangka Siap

Jun 2020

Lokasi

Shah Alam North, Puncak Alam

Bandar

Shah Alam

Mukim

Ijok

Daerah

Kuala Selangor

Nama Pemaju

Hillpark Resources Sdn. Bhd. (559907-T)

Laman Web Pemaju

http://www.hillparkshahalamnorth.com/

Alamat Pemaju

No. 57, 59 & 61, Hillpark Sales Gallery 1, B49, Puncak Alam, 42300, Selangor

No Tel Pemaju

03-3393 7577

Syarikat Induk

MKH Berhad

Jumlah Unit

396 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis C (900kps) – RM180,000
Jenis D (1000kps) – RM220,000

Pegangan Tanah

Pegangan Pajakan (Leasehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Residensi Pinang

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Residensi Pinang, Hillpark, Puncak Alam
  • City: Bandar Puncak Alam
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 42300
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

RM250,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

Rumah Selangorku Salak Tinggi

Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

RM235,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

Garden Plaza Studio, Cyberjaya

Garden Plaza, Persiaran Harmoni, Cyber 9, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Bed: 1Bath: 1SqFt: 450

Apartment

5 years ago

RM1,300

Bed: 1Bath: 1SqFt: 450

Apartment

5 years ago

Shaftsbury Services Residences, Cyberjaya

Shaftsbury Serviced Residences, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Bed: 1Bath: 1SqFt: 463

Apartment

5 years ago

RM900

Bed: 1Bath: 1SqFt: 463

Apartment

5 years ago