Pangsapuri Selangorku Kayangan, Setia Ecohill Semenyih – Rumah Selangorku

Setia Ecohill Park, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
RM100,000

Pangsapuri Selangorku Kayangan, Setia Ecohill Semenyih adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku (Jenis B) oleh Segaman Sdn Bhd. Pangsapuri Selangorku Kayangan, Setia Ecohill Semenyih menawarkan 600 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 750kps.

Harga perumahan ini bermula hanya dari RM100,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah. Projek perumahan ini dijangka siap pada Mei 2021.

Pangsapuri Selangorku Kayangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium. Ia juga menyediakan kemudahan surau dan taska disamping mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Pangsapuri Selangorku Kayangan, Setia Ecohill Semenyih. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini terletak di Setia Ecohill, Semenyih. Dengan seni bina moden, Apartment Kayangan ini adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Pangsapuri Selangorku Kayangan

Kod Projek

Jenis B – 06071000172

Jenis Rumah

Apartment

Tarikh Jangka Siap

Disember 2022

Lokasi

Setia Ecohill Semenyih

Mukim

Semenyih

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Setia Ecohill Sdn Bhd (903607-T)

Alamat Pemaju

Kelab 360, No. 1, Persiaran Ecohill Barat, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor

No Tel Pemaju

03-8724 2255

Laman Web Pemaju

http://setiaecohill.com.my/kayangan.asp

Jumlah Unit

600 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis C (750kps) – RM100,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Pangsapuri Selangorku Kayangan, Setia Ecohill Semenyih

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Pangsapuri Selangorku Kayangan, Jalan Ecohill 1/2, Setia Ecohill
  • City: Semenyih
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43500
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Prima One Cyberjaya

B-15-17, Apartment Prima One, Laman View Cyber 9, Cyberjaya

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

RM1,100

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

RM250,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

4 years ago

Pelangi Apartment Damansara

Pelangi Apartment, Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 650

Apartment

4 years ago

RM950

Beds: 3Baths: 2SqFt: 650

Apartment

4 years ago

Surian Tropika Apartment, Sungai Long – Rumah Selangorku

Jalan 1, Bukit Suria, 43200 Kajang, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago

RM42,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

4 years ago