Pangsapuri Selangorku Budiman, Bandar Sungai Long – Rumah Selangorku

Desa Budiman, 43200 Kajang, Selangor, Malaysia
RM180,000

Pangsapuri Selangorku Budiman, Bandar Sungai Long adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku (Jenis C) oleh Segaman Sdn Bhd. Pangsapuri Selangorku Budiman menawarkan pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 900kps. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM195,000 dan dijangka siap pada Mei 2021.

Pangsapuri Selangorku Budiman dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, surau dan taska disamping mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Pangsapuri Selangorku Budiman, Bandar Sungai Long. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini termasuk di dalam perancangan Desa Budiman fasa 5B. Dengan seni bina moden, Pangsapuri Selangorku Budiman ini adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Pangsapuri Selangorku Budiman

Kod Projek

Jenis C – 06051000162

Jenis Rumah

Apartment

Tarikh Jangka Siap

Jun 2021

Lokasi

Bandar Sungai Long, Kajang

Mukim

Cheras

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Pujangga Budiman Sdn Bhd (364101-T)

Syarikat Induk Pemaju

Pujangga Development Sdn Bhd

Alamat Pemaju

23A, Jalan Budiman, Budiman Business Park, Off Jalan Sungai Long, 43000, Kajang, Selangor

Laman Web Pemaju

http://www.pbudiman.com/

No Tel Pemaju

03-9080 2988

Jumlah Unit

6 Tingkat – 80 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis C (900kps) – RM180,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Pangsapuri Selangorku Budiman, Bandar Sungai Long

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Desa Budiman
  • City: Kajang
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43200
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Residensi Pinang, Hillpark, Puncak Alam – Rumah SelangorKu

No. 57, 59 & 61, Hillpark Sales Gallery 1, B49, Puncak Alam, 42300, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

RM180

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

Legasi Attalea Garden, Sepang – Rumah Selangorku

Legasi Attalea Garden Sepang, Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 792

Apartment

5 years ago

RM200,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 792

Apartment

5 years ago

Rumah SelangorKu – Pangsapuri Kemuning Idaman, Shah Alam

Lintang, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

RM100,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

Masreca 19 For Rent

MasReca 19, Cyberjaya, Persiaran Rimba Permai, Cyber 10, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 990

Apartment

5 years ago

RM1,100

Beds: 3Baths: 2SqFt: 990

Apartment

5 years ago