Taman Sri Tanjung, Semenyih – Rumah Selangorku

Taman Sri Tanjung, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
RM180,000

Taman Sri Tanjung 4, Semenyih adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku oleh Fairview Development. Taman Sri Tanjung Fasa 4 ini menawarkan rumah jenis townhouse 3 bilik tidur dengan harga yang bermula hanya dari RM180,000. Projek perumahan ini dijangka siap pada Mei 2021.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Taman Sri Tanjung, Semenyih. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Dengan seni bina moden, Taman Sri Tanjung 4 ini adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Taman Sri Tanjung

Kod Projek

Jenis C – 06071000161

Jenis Rumah

Townhouse

Tarikh Jangka Siap

Mei 2021

Lokasi

Semenyih

Mukim

Semenyih

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Fairview Development Sdn Bhd (133984-A)

Alamat Pemaju

Wisma Fairview, No 57, Jalan Besar, 43000 Kajang, Selangor

No Tel Pemaju

03-8737 1111

Laman Web Pemaju

http://www.fairview.com.my/BM/ourprojects.html

Luas dan Harga Seunit

Jenis C – RM180,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Taman Sri Tanjung, Semenyih

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Jalan Sri Tanjung 4, Taman Sri Tanjung
  • City: Semenyih
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43500
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Teres 1 Tingkat Puterajaya/Cyberjaya

Cybersouth city, Dengkil, Selangor, Malaysia

Beds: 4Baths: 2SqFt: 1100

Landed House

4 years ago

RM400,000

Beds: 4Baths: 2SqFt: 1100

Landed House

4 years ago

RM3,600,000

2.5 TINGKAT BUNGALOW, SIERRAMAS WEST, SUNGAI BULOH

Sierramas West, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Beds: 6Baths: 6SqFt: 4907

Landed House

5 years ago

RM3,600,000

Beds: 6Baths: 6SqFt: 4907

Landed House

5 years ago

RM7,000,000

2.5 Storey Bungalow With Swimming Pool @ Taman Ampang Utama, Ampang

Taman Ampang Utama, Ampang Jaya, Selangor, Malaysia

Beds: 9Baths: 10SqFt: 7000

Landed House

5 years ago

RM7,000,000

Beds: 9Baths: 10SqFt: 7000

Landed House

5 years ago

RM389,999

Below Market Value 2 storey house with fully renovated.

Taman Juru, Bukit Mertajam, Penang, Malaysia

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

5 years ago

RM389,999

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

5 years ago