Garden Villa, Taman Tasik Semenyih Permai – Rumah Selangorku

Taman Tasik Semenyih, Semenyih, Selangor, Malaysia
RM250,000

Garden Villa, Taman Tasik Semenyih Permai adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku oleh Homecity Asia Sdn Bhd. Garden Villa menawarkan 72 unit townhouse 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 1037 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM250,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah. Projek perumahan ini dijangka siap pada April 2021.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Garden Villa, Taman Tasik Semenyih Permai. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini terletak di dalam Taman Tasik Semenyih berdekatan dengan University of Nottingham. Dengan seni bina moden, Garden Villa townhouse adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Garden Villa, Taman Tasik Semenyih Permai

Kod Projek

Jenis D – 06071000120

Jenis Rumah

Townhouse 4 Tingkat

Tarikh Jangka Siap

April 2021

Lokasi

Taman Tasik Semenyih

Mukim

Semenyih

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Homecity Asia Sdn Bhd (674997-V)

Syarikat Induk Pemaju

Homecity Realty Sdn Bhd

Laman Web Pemaju

http://www.homecity.asia/project.html

Alamat Pemaju

9, Jln KP 1/1, Kajang Prima, 43000 Kajang, Selangor

No Tel Pemaju

03-8736 9098

Jumlah Unit

Jenis D – 72 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis D (1001kps, 1033kps, 1077kps, 1123kps) – RM250,000 hingga RM255,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Garden Villa, Taman Tasik Semenyih Permai

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Garden Villa, Taman Tasik Semenyih Permai
  • City: Semenyih
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43500
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

RM389,999

Below Market Value 2 storey house with fully renovated.

Taman Juru, Bukit Mertajam, Penang, Malaysia

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

5 years ago

RM389,999

Beds: 3Baths: 3SqFt: 1500

Landed House

5 years ago

RM3,600,000

2.5 TINGKAT BUNGALOW, SIERRAMAS WEST, SUNGAI BULOH

Sierramas West, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Beds: 6Baths: 6SqFt: 4907

Landed House

5 years ago

RM3,600,000

Beds: 6Baths: 6SqFt: 4907

Landed House

5 years ago

RM1,380,000

ALAM IMPIAN 2 STOREY CORNER LOT

Alam Impian, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Beds: 6Baths: 7SqFt: 5150

Landed House

5 years ago

RM1,380,000

Beds: 6Baths: 7SqFt: 5150

Landed House

5 years ago

RM450,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 2799

Landed House

5 years ago

RM450,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 2799

Landed House

5 years ago