Camellia Residence, Sungai Long – Rumah Selangorku

43200 Cheras, Selangor, Malaysia
RM192,000

Camellia Residence, Sungai Long adalah sebuah projek pembangunan perumahan pangsapuri Rumah Selangorku oleh Wira Cheras Development Sdn Bhd. Camellia Residence apartment menawarkan 74 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan 930, 950 dan 1052 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM192,000 dan dilengkapi dengan dua ruang letak kereta untuk setiap rumah.

Camellia Residence, Sungai Long dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium. Ia juga menyediakan kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak disamping mempunyai kawalan keselamatan 24 jam dengan CCTV. Projek perumahan ini dijangka siap pada Jun 2020.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Camellia Residence, Sungai Long. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini terletak di dalam Sungai Long, Kajang, Cheras yang strategik. Dengan seni bina moden, Camellia Residence apartment adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Camellia Residence, Sungai Long

Kod Projek

Jenis C – 06021000116
Jenis D – 06021000117

Jenis Rumah

Apartment

Tarikh Jangka Siap

Jun 2020

Lokasi

Sungai Long, Kajang

Mukim

Cheras

Daerah

Hulu Langat

Nama Pemaju

Wira Cheras Development Sdn Bhd (557483-U)

Laman Web Pemaju

http://www.wiracherasdev.com/projects/camellia-residences

Alamat Pemaju

No. 5, Jalan Indah 2/7, Taman Indah, Batu 11 Cheras, 43200 Selangor

No Tel Pemaju

03-9075 5333

Jumlah Unit

Jenis C2 – 30 Unit
Jenis C3 – 10 Unit
Jenis D1 – 34 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis C2 (950kps) – RM192,000
Jenis C3 (930kps) – RM192,000
Jenis D1 (1052kps) – RM240,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Camellia Residence, Sungai Long

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Camellia Residence, Sungai Long
  • City: Kajang
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43200
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

RM250,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

Rumah Selangorku Salak Tinggi

Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

RM235,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1000

Apartment

4 years ago

Third Avenue Cyberjaya

Third Avenue Cyberjaya, Jalan Teknokrat 3, Cyber 4, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Bed: 1Bath: 1SqFt: 450

Apartment

5 years ago

RM1,400

Bed: 1Bath: 1SqFt: 450

Apartment

5 years ago