Nucifera Residence, Taman Laman Permai – Rumah SelangorKu

Jalan 5, Taman Sri Setia, 45500 Tanjong Karang, Selangor, Malaysia
RM250,000

Nucifera Residence adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah SelangorKu oleh Sejati Inti Sdn Bhd. Nucifera Residence menawarkan 65 unit rumah teres dua tingkat, 4 bilik tidur dengan jumlah pembinaan  1000 kaki persegi. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM250,000.

Projek Rumah SelangorKu ini terletak di Taman Laman Permai, Tanjong Karang, Kuala Selangor. Ia adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni.

Nucifera Residence terletak di tengah-tengah antara Kuala Selangor dan Sekinchan, dan dengan akses ke lebuhraya West Coast Expressway (WCE) yang baru dipertingkatkan sekaligus menghubungkan Taiping, Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Semua rumah kediaman ini direka dengan ciri kontemporari moden dan dikelilingi oleh kawasan semulajadi dan tropika. Reka bentuk yang luas untuk setiap bilik adalah untuk memberikan keselesaan untuk anda dan keluarga anda.

Nucifera Residence dikelilingi oleh lebih daripada sembilan pusat pendidikan, termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, dan kolej. Ia berdekatan dengan Hospital Tanjung Karang yang baru dibina dan dijangka akan dapat memulakan perkhidmatan kepada lebih 200,000 penduduk sekitar pada akhir tahun 2020 nanti. Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) yang menghubungkan Taiping, Perak, Banting, Selangor dan Kuala Lumpur dijangka siap seluruhnya pada tahun 2022.

Nama Projek

Nucifera Residence

Kod Projek

Jenis D – 04031000165

Tarikh Jangka Siap

July 2021

Lokasi

Taman Laman Permai

Mukim

Tanjong Karang

Daerah

Kuala Selangor

Nama Pemaju

Sejati Inti Sdn Bhd (1190205-W)

Laman Web Pemaju

https://www.facebook.com/SejatiGroupDevelopment/

Alamat Pemaju

20-2 D’Kebun Commercial Centre, Jalan Rajion, Off Jalan Johan Setia (KS7), 41200, Klang, Selangor

Galeri Jualan

No Tel Pemaju

016-285 6860 / 016-558 9946

Syarikat Induk

Sejati Group of Companies

Jumlah Unit

65 Unit

Luas dan Harga Seunit

Jenis D (1000kps) – RM250,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Nucifera Residence

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    4
    Bedrooms
  • Icon
    3
    Bathrooms

Address

  • Address: Nucifera Residence, Taman Laman Permai, Tanjung Karang
  • City: Tanjong Karang
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 45000
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Teres 2 Tingkat Kota Warisan

Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia

Beds: 4Baths: 3SqFt: 1460

Landed House

4 years ago

RM423,000

Beds: 4Baths: 3SqFt: 1460

Landed House

4 years ago

Seri Kenari Townhouse, Saujana Perdana – Rumah SelangorKu

Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Landed House

5 years ago

RM180,000

Beds: 3Baths: 2

Landed House

5 years ago

RM380,000

Beds: 4Baths: 3SqFt: 1550

Landed House

5 years ago

RM380,000

Beds: 4Baths: 3SqFt: 1550

Landed House

5 years ago

Seri Kenanga Townhouse, Saujana Perdana – Rumah SelangorKu

Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2

Landed House

5 years ago

RM220,000

Beds: 3Baths: 2

Landed House

5 years ago