Rumah SelangorKu – Pangsapuri Karya Residensi, Klang

Jalan Kota Raja, 41000 Klang, Selangor, Malaysia
RM185,000

Nama Projek
Rumah SelangorKu – Pangsapuri Karya Residensi

Kod Projek
Jenis C1 – 01021000097

Lokasi
Jalan Kota Raja, Klang, Selangor

Tarikh Jangka Siap
August 2020

Bandar
Klang

Daerah
Klang

Mukim
Klang

Nama Pemaju
Selaman Sejati Sdn. Bhd.

No Tel Pemaju
03-42570151

Jumlah Unit

Luas dan Harga Seunit
Jenis C (900 kps) – RM185,000

Pegangan Tanah
Hakmilik Kekal

Rujukan
Rumah SelangorKu – Pangsapuri Karya Residensi Jenis C

Karya Residensi adalah sebuah projek berprestij yang dibangunkan oleh Selaman Sejati Sdn Bhd. Projek ini terletak di Jalan Kota Raja, Klang Selangor Darul Ehsan dan ianya adalah berhadapan Sekolah Menengah Agama Tinggi Sultan Hishamuddin, Klang. Berkeluasan 17 ekar, tapak asal projek ini adalah tapak istana lama iaitu Istana Alam Shah.

Karya Residensi boleh diakses melalui lebuhraya utama di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Persekutuan dan Kesas. Kemudahan lain yang sediada termasuklah sekolah rendah dan menengah, hospital dan ianya hanya 2-5 KM sahaja daripada bandar Klang. Untuk tujuan membeli barang keperluan harian, Pasaraya Giant Jalan Kebun adalah sangat berdekatan. Bagi mereka yang selalu menggunakan khidmat komuter, kemudahan komuter ini terletak 2.5KM sahaja daripada tapak projek.

Karya Residensi menawarkan rumah dengan harga yang sangat kompetitif. Susunatur dalamnya juga direka dengan penuh ketelitian dan amat praktikal dengan gaya kehidupan masakini. Dengan kedudukan yang sangat strategik ditambah dengan kemudahan yang telah sediada termasuk infrastuktur kemudahan awam, pelaburan keatas hartanah Karya Residensi ini adalah sangat berbaloi.

Kemudahan LRT3, iaitu 36KM LRT yang akan menghubungkan Bandar Utama Petaling Jaya dan Bandar Klang telah diumumkan pada 24hb April 2013 dan dijangka beroperasi pada tahun 2020. Ini sudah tentunya meningkatkan nilai hartanah di sekitar bandar Klang termasuklah Karya Residensi. Stesen LRT yang terdekat hanyalah 10 minit daripada tapak projek.

Kelayakan Pemohon Rumah SelangorKu – Pangsapuri Karya Residensi

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

Permohonan hendaklah melengkapi permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS – http://lphs.selangor.gov.my

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms
  • Icon
    Property Size
    900 SqFt

Address

  • City: Klang
  • State/county: Selangor
  • Country: Malaysia

Video

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Masreca 19 For Rent

MasReca 19, Cyberjaya, Persiaran Rimba Permai, Cyber 10, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 990

Apartment

5 years ago

RM1,100

Beds: 3Baths: 2SqFt: 990

Apartment

5 years ago

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

RM42,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

Morib Anggun Apartment, Morib Bay Resort City – Rumah SelangorKu

Morib Bay Resort City, Morib, Banting, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1003

Apartment

5 years ago

RM220,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1003

Apartment

5 years ago

D Camellia Semenyih, 3R 2B, 2 Car Park, Facing Mountain, NEW UNIT

D'Camellia, Jalan Ecohill 1/2, Semenyih, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 860

Apartment

5 years ago

RM700

Beds: 3Baths: 2SqFt: 860

Apartment

5 years ago