Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning – Rumah Selangorku

Pangsapuri Aranda, Jalan Anggerik Aranda 31/1, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, Malaysia
RM42,000

Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning di Shah Alam adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku (Jenis A, B, C dan D) oleh Hicom Gamuda Development Sdn Bhd. Pangsapuri Aranda menawarkan 458 unit pangsapuri 3 bilik tidur dengan jumlah pembinaan sehingga 1000kps. Harga perumahan ini bermula hanya dari RM42,000 dan dijangka siap pada Februari 2022.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan seni bina moden, Pangsapuri Aranda ini adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Pangsapuri Aranda

Kod Projek

Jenis A – 01021000150
Jenis B – 01021000152
Jenis C – 01021000153
Jenis D – 01021000154

Jenis Rumah

Apartment

Tarikh Jangka Siap

Februari 2022

Lokasi

Kota Kemuning, Shah Alam

Mukim

Klang

Daerah

Klang

Nama Pemaju

Hicom Gamuda Development Sdn Bhd (285780-D)

Alamat Pemaju

No. 45, Jln Anggerik Vanilla BF 31/BF, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor

No Tel Pemaju

03-5122 1055

Laman Web Pemaju

https://gamudaland.com.my/kotakemuning/

Jumlah Unit

Jenis A  – Blok 1 (80 Unit)
Jenis B – Blok 1 (45 Unit)
Jenis C – Blok 1 (45 Unit)
Jenis D – Blok 1 (61 Unit) & Blok 2 (227 Unit)

Luas dan Harga Seunit

Jenis A (700kps) – RM42,000
Jenis B (750kps) – RM100,000
Jenis C (900 kps) – RM185,000
Jenis D (1000 kps) – RM225,000 – RM232,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms

Address

  • Address: Pangsapuri Aranda, Jalan Anggerik Aranda 31/1, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • City: Shah Alam
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 40460
  • Country: Malaysia

Floor plans

  • Jenis A
  • Jenis B
img

Jenis A

Price: RM42,000

  • Icon
    Rooms:
    3
  • Icon
    Baths:
    2
  • Icon
    Size:
    700
img

Jenis B

Price: RM100,000

  • Icon
    Rooms:
    3
  • Icon
    Baths:
    2
  • Icon
    Size:
    750

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Pangsapuri Seri Seraya, Puncak Bestari – Rumah SelangorKu

Persiaran Puncak Alam 6, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

RM205,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 900

Apartment

5 years ago

Morib Anggun Apartment, Morib Bay Resort City – Rumah SelangorKu

Morib Bay Resort City, Morib, Banting, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1003

Apartment

5 years ago

RM220,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1003

Apartment

5 years ago

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

RM42,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

Third Avenue Cyberjaya

Third Avenue Cyberjaya, Jalan Teknokrat 3, Cyber 4, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Bed: 1Bath: 1SqFt: 450

Apartment

5 years ago

RM1,400

Bed: 1Bath: 1SqFt: 450

Apartment

5 years ago