Legasi Attalea Garden, Sepang – Rumah Selangorku

Legasi Attalea Garden Sepang, Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek, Selangor, Malaysia
RM200,000

Legasi Attalea Garden, Sepang adalah sebuah projek pembangunan perumahan Rumah Selangorku (Jenis A, C, dan D) oleh Sepang Ceramic Industries (M) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Uda Holdings Berhad. Legasi Attalea Garden menawarkan townhouse 2 tingkat berharga RM42,000, rumah teres setingkat berkeluasan 792kps berharga RM200,000 dan rumah teres 2 tingkat berkeluasan 1003 kps berharga RM250,000. Projek perumahan ini dijangka siap pada Jun 2022.

Jika anda mengimpikan rumah pertama pada harga mampu milik dengan akses keluar masuk mudah dan berdekatan, anda perlu memiliki sebuah unit rumah di Legasi Attalea Garden, Sepang. Anda akan dapat mengalami suasana kehidupan yang aman dan damai di kejiranan yang tenang dan harmoni.

Projek Rumah Selangorku ini terletak di Sungai Pelek, Sepang. Dengan seni bina moden, Legasi Attalea Garden, Sepang adalah kediaman pilihan anda yang direka bentuk untuk keluarga yang mengidamkan ruang yang selesa untuk semua penghuni. Anda bukan saja dapat memiliki rumah sendiri, tetapi juga dapat menikmati insfrastruktur bersama kawasan kejiranan yang matang dengan kemudahan asas.

Nama Projek

Legasi Attalea Garden, Sepang

Kod Projek

Jenis A – 10031000177
Jenis C – 10031000178
Jenis D – 10031000179

Jenis Rumah

Jenis A – Townhouse 2 Tingkat
Jenis C – Teres 1 Tingkat
Jenis D – Teres 2 Tingkat

Tarikh Jangka Siap

Jun 2022

Lokasi

Sungai Pelek, Sepang

Mukim

Sepang

Daerah

Sepang

Nama Pemaju

Sepang Ceramic Industries (M) Sdn Bhd

Syarikat Induk Pemaju

Uda Holdings Berhad

Laman Web Pemaju

https://www.udaproperty.com.my/projects/legasi-attalea/

Alamat Pemaju

Blok Menara, Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur

No Tel Pemaju

016-508 5828 / 03-9212 0121 / 1800 1800 89

Galeri Jualan

K-00, Attalea Square, Jalan Attalea 1/1, Taman Attalea, 43950, Sungai Pelek, Sepang, Selangor

Luas dan Harga Seunit

Jenis A – RM42,000
Jenis C (792kps) – RM200,000
Jenis D (1003kps) – RM250,000

Pegangan Tanah

Pegangan Bebas (Freehold)

Kelayakan Pemohon Rumah Selangorku – Legasi Attalea Garden, Sepang

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis A.
Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan, adalah dibenarkan juga membuat pilihan Rumah Selangorku Jenis B, C atau D.
Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Rumah Selangorku Jenis A tidak dibenarkan.
Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan hanya dibenarkan untuk membuat permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Pendapatan minimum isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001 sebulan.
Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada Rumah Selangorku jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih di dalam senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan.
Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan.
Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin.
Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak berkerja. Penyata KWSP (jika ada).
Salinan bil air atau bil elektrik.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar online di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/
2. Terima panggilan daripada pihak pemaju
3. Hantar dokumen selengkapnya (dalam masa 14 hari dari tarikh terima panggilan)
4. Terima surat tawaran & pilih unit anda
5. Dapatkan kelulusan pinjaman
6. Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

Detail

  • Icon
    3
    Bedrooms
  • Icon
    2
    Bathrooms
  • Icon
    Property Size
    792 SqFt

Address

  • Address: Legasi Attalea Garden, Sepang, Kampung Jelutong Indah
  • City: Sungai Pelek
  • State/county: Selangor
  • Zip/Postal Code: 43950
  • Country: Malaysia

Contact Agent

Enquire about this property

Similar Properties

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

RM42,000

Beds: 3Baths: 2

Apartment

5 years ago

RM230,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 800

Apartment

5 years ago

RM230,000

Beds: 3Baths: 2SqFt: 800

Apartment

5 years ago

Cyberia Cyberjaya – Block A

Cyberia Smart Homes BlokA, Jalan Cyber Ria 2, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1050

Apartment

5 years ago

RM1,100

Beds: 3Baths: 2SqFt: 1050

Apartment

5 years ago